Saturday, May 7, 2011

Andai Lelaki Tahu :)


Okay okay post nie Eiyla dapat dari Kakak Angkat Eiyla Fatihah Lina . So ayat Eiyla copy paste jea lahh . jum jum , kite bace dan hayati nye .

Andainya Lelaki Tahu ,
Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta ,
Lelaki Itu Tidak Semestinya Punya Segalanya ,
Tetapi Lelaki Itu Adalah Segalanya Di Hatinya .

Andainya Lelaki Tahu ,
Apabila Seorang Perempuan Itu Mengalirkan Air Mata ,
Itu Bukan Bermakna Dia Lemah ,
Tetapi Dia Sedang Mencari Kekuatan ,
Untuk Terus Tabah Menyintai Lelaki Itu .

Andainya Lelaki Tahu ,
Apabila Seorang Perempuan Marah ,
Memang Dia Tidak Mampu Mengawal Perasaanya ,
Tapi Percayalah , Itu Maknanya ,
Dia Sangat Mengambil Berat Dan Menyayangi Lelaki Itu .

Lihat Saja Pasangan Baru Bercinta , Mereka Jarang Bergaduh ,
Tetapi Percayalah Semakin Bertambah Sayang Mereka Pada Seseorang ,
Semakin Bertambah Pula Pertelingkahan Yang Berlaku .

Andainya Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Berkata Dia Mahu Anda Berubah ,
Itu Bukan Bermakna Dia Tidak Mahu Menerima Anda Seadanya ,
Tetapi Dia Mahu Menjadikan Anda Lebih Baik ,
Bukan Untuk Dirinya ,
Tetapi Untuk Masa Depan Anda .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Cemburu Dan Tidak Percayakan Anda ,
Bukan Bermakna Dia Tidak Sayang ,
Tetapi Dia Terlalu Sayangkan Anda ,
Dan Masih Menganggap Anda Anak Kecil ,
Yang Masih Memerlukan Perhatian .

Kadang-2 Dia Terlalu Risau Sekiranya Terlalu Percaya ,
Anda Akan Mengkhianati Kepercayaan Yang Diberi ,
Naluri Keibuannya Sangat Kuat ,
Dia Hanya Mahukan Yang Terbaik Untuk Anda .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Merajuk ,
Jangan Kata Dia Mengada-Ngada ,
Dia Bukannya Mahu Dipujuk Dengan Wang Ringgit Atau Hadiah Sedozen ,
Tetapi Cukup Dengan Perhatian ,
Yang Boleh Buat Perempuan Rasa Dihargai .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Jarang Mengatakan ' I LOVE YOU ' ,
Itu Tidak Bermaksud Dia Tidak Menyintai ,
Tetapi Dia Mahu Lelaki Itu Merasai Sendiri Cintanya ,
Bukan Hanya Hadir Dengan Kata-2 ,
Tetapi Juga Melalui Bahasa Tubuhnya .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Kata Dia Rindu Sama Kamu ,
Dia Benar-2 Maksudkannya ,
Apabila Berjauhan , Bayanganmu Akan Sentiasa Di Mata .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Kata Lelaki Lain Itu Lebih Baik Dari Kamu ,
Jangan Percaya Kata-2 Nya ,
Kerana Dia Hanya Mahu Menguji Kamu ,
Dia Mahu Melihat Sejauh Mana Kamu Sanggup Menjadi Yang Terbaik Di Matanya ,
Walaupun Sebenarnya Memang Kamulah Yang Terbaik Di Hatinya .

Selagi Dia Dengan Kamu , Percayalah
Walaupun Perempuan Menganggap Masih Ramai Lagi Yang Lebih Baik Di Matanya ,
Tetapi Di Hatinya , Kamu Tetap Terbaik .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Menjadi Degil ,
Dia Bukan Bermaksud Untuk Menjadi Degil ,
Tapi Dia Mahu Melihat ,
Sejauh Mana Lelaki Itu Mampu Bersabar Dengan Karenahnya .

Percayalah , Hati Perempuan Itu Sangat Lembut ,
Andai Kena Caranya ,
Jangan Terkejut Kalau Akhirnya Dia Menukar Fikirannya Dalam Masa Sesaat .

Andai Lelaki Tahu ,
Apabila Perempuan Berkata
' TOLONG TINGGALKAN SAYA ! ' ,
Dia Tidak bermaksud Menyuruh Anda Pergi Selamanya ,
Dia Hanya Mahu Menenangkan Fikirannya Sebentar Sahaja .

Apabila Dia Kembali Tenang ,
Percayalah Dia Akan Mencari Anda Semula ,
Itu Tandanya Dia Benar-2 Menyintai Anda ,
Perempuan Sangat Sukar Untuk Mengawal Perasaan ,
Dia Terlalu Emosional ,
Tapi Dialah Yang Paling Menyayangi Anda ,
Dan Sangat Sensitif Dengan Perubahan Diri Anda .

Andai Lelaki Tahu ,
Sememangnya Allah Menciptakan Lelaki Dan Perempuan Itu ,
Dengan Perbezaanya Yang Tersendiri ,
Tetapi Sekiranya Mereka Saling Memahami ,
Mereka Akan Saling Melengkapi Dan Menyempurnakan .

Perempuan Itu Diciptakan Oleh Allah Indah Sekali ,
Di Sebalik Air Matanya ,
Tersimpan Seribu Satu Kekuatan ,
Yang Bakal Menjadikan Seorang Lelaki Itu Merasa Selamat Bersamanya .

Biarpun Zahirnya Perempuan Itu Tampak Lemah ,
Tapi Dia Punya Kekuatan Tersendiri ,
Yang Bisa Menggoncang Dunia ,
Dan Mungkin Boleh Pula Membuat Lelaki Menjadi Lemah Kerananya .

Jadi Hargailah Kehadiran Seorang Perempuan Dalam Hidup Anda ,
Kerana Dia Didatangkan Bukan Dengan Kelemahan Sahaja ,
Tetapi Dia Juga Ada Kekuatan Untuk Menyokong Anda ,
Dan Membuatkan Hidup Anda Lebih Sempurna ,
Dialah Yang Bakal Menjadi Perempuan Bekerjaya , Isteri Juga Ibu Yang Terbaik Untuk Anak-2 Anda .
Okayy bubyett , selamat menghayatinye kawan .
Thanks read my entry, drop comment and drop like.

No comments:

Hey, nak pergi dah kea? Alah, kejap lah nie dah jadi followers ke belum? Kalau belum, baik jadi followers dulu baru pergi, hehe. Btw, Terima kaseh kerana menjadi Fan's saye . Untuk pengetahuan anda SORRY saye tidak mengamalkan cara KAU FOLLOW AKU , AKU FOLLOW KAU BALIK ! Saye akan follow blog anda jika saya berminat . :)

 
Segala design adalah hak milik ciptaan kekal LalaEiyla@2011. Thanks kunjungi blog yang tak berape nak gah nie okay. Sila-2 lah jenguk kemari lagi, Salam.